Portal No. 1 Kerjaya dan Bisnes Online di Malaysia

14 May 2018

Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Bisnes Fotografi

Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Bisnes Fotografi|ANDA berminat dengan bidang fotografi? Bagaimana cara menjana pendapatan lumayan dengan bisnes fotografi? Ramai yang masih mengganggap dan mengatakan peluang untuk buat duit dengan fotografi ini memerlukan kos yang sangat tinggi kerana terpaksa membeli peralatan kamera yang mahal sehingga mencecah RM3,000 - RM10,000 bagi sebuah kamera.

Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Bisnes Fotografi

Walaubagaimanapun, tahukah anda walaupun hanya mempunyai kamera entry level sahaja, anda sebenarnya boleh memulakan bisnes fotografi. Tapi bagaimana caranya? Bagi memulakan bisnes fotografi ada beberapa perkara penting yang anda harus perhatikan terlebih dahulu.

Yang menjadi satu masalah di Malaysia hari ini ialah industri fotografi perkahwinan yang semakin meningkat saban hari. Tetapi hakikatnya jumlah jurufoto yang mengikut standard profesional adalah terlalu sedikit.

Tahukah anda apabila mendapat banyak tawaran dan menjadi semakin pro, anda boleh tawarkan pakej berharga lebih tinggi antara RM3,000 sehingga RM7,000. Cuba bayangkan, berapa keuntungan anda akan perolehi sekiranya anda mendapat kerja fotografi perkahwinan setiap minggu sepanjang tahun?

Mesti anda berangan-angan untuk menjadi kaya dengan hanya bisnes fotografi perkahwinan sahaja. Namun disebalik itu, terdapat banyak lagi genre-genre fotografi yang popular di Malaysia dan menguntungkan yang anda boleh ceburi sekiranya anda mahu menjadi jurufoto profesional secara sepenuh masa.

Senarai Cabang Bisnes Fotografi Yang Ada

Tahukah anda, masih ramai yang tidak tahu dengan rahsia ini. Tapi cuba anda lihat dibawah ni!

1. Perkahwinan
2. Majlis pertunangan
3. Ekspo pertanian MAHA
4. Karnival
5. Program motivasi
6. Pertunjukan fesyen & modelling
7. Majlis graduasi
8. Makanan & minuman
9. Smartphone products
10. Sukan antarabangsa
11. Majlis pelancaran album artis tempatan

Banyak dan menarik kan? Cukup kalau anda pilih cuma salah satu atau dua bidang sahaja untuk buat bisnes fotografi ini sebagai permulaan.

Rahsia Jana Duit 4-5 Angka Dengan Bisnes Fotografi

Bagi yang ingin dapatkan panduan mudah jana pendapatan dengan bisnes fotografi secara sambilan, anda boleh dapatkan panduan Ebook Bisnes Fotografi DISINI!

KLIK >> Rahsia Mudah Memulakan Bisnes Fotografi

No comments:

Post a Comment